Sistem Tempahan Dewan dan Bilik Kuliah Gunasama UTM

Pejabat TNCAA

Masuk untuk mulakan tempahan/
Login to book a room :-

ACID Username
ACID Password
Sebarang masalah login sila
hubungi Dr Istas di istaz@utm.my.

Akaun disediakan oleh UTM DIGITAL
Username is provided by the UTM DIGITAL

Bahagian Pengurusan Akademik (AMD) menguruskan tempahan dewan / Bilik Kuliah Pusat dan Kemudahan Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran di Blok L50 (Center Point), Blok P19 (FKE), Blok N24 (FC) dan Dewan Peperiksaan Raja Zarith Sofiah T04.

Panduan Pengguna :

  1. Sila klik Paparan Tempahan Bilik / List of Rooms untuk melihat rekod penggunaan/kekosongan ruang.
  2. Dimaklumkan bahawa Bilik Persediaan di Blok L50 dan Bilik Seminar di Blok N24 tidak dilengkapi dengan LCD Projektor.
  3. Penggunaan Bilik Persediaan di Blok P19 DITANGGUHKAN buat sementara waktu kerana mengalami kebocoran. Selain itu, Bilik Persediaan ini juga tidak dilengkapi oleh LCD Projektor.
  4. Semua tempahan ruang gunasama adalah DITANGGUHKAN mulai 23 Jun 2024 hingga 28 Julai 2024 bagi memberikan laluan kepada penggunaan ruang bagi tujuan Peperiksaan Akhir Semester.
  5. Untuk tempahan ruang bagi urusan RASMI UTM (kuliah, peperiksaan, pengajaran & pembelajaran) dalam waktu bekerja, permohonan akan diluluskan dalam TEMPOH 7 HARI BEKERJA dari tarikh permohonan. UNTUK PEMBATALAN/PINDAAN, SILA EMELKAN SECARA RASMI KE farhanaismail@utm.my. SILA NYATAKAN TARIKH, MASA, BLOK, NO. DEWAN/BILIK KULIAH & NAMA PENEMPAH UNTUK TUJUAN PEMBATALAN. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 07-5334720 atau farhanaismail@utm.my (Puan Farhana binti Ismail).
  6. Penggunaan Dewan/Bilik Kuliah untuk program selain kuliah, peperiksaan, pengajaran & pembelajaran yang TIDAK RASMI PADA HARI JUMAAT, SABTU, CUTI UMUM DAN SELEPAS WAKTU BEKERJA akan dikenakan caj mengikut kadar yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Norsaidatul Saidah binti Khalid / Pn Norhaslinda bte. Mohd Salleh.
    Tel : 07-533 3695 atau E-mel : ossr@utm.my
  7. Kelulusan tempahan adalah berdasarkan 'First Come First Serve'.
  8. Susun atur (layout) Bilik dan Dewan Kuliah telah ditetapkan untuk TUJUAN KULIAH SAHAJA. Susun atur (layout) TIDAK AKAN BERUBAH walaupun tempahan dibuat untuk pelaksanaan ujian pelajar.
  9. Sebarang pembatalan/pindaan penggunaan ruang perlu dimaklumkan dengan kadar segera.
  10. Pejabat ini berhak meminda mana-mana tempahan yang difikirkan perlu di atas keperluan Universiti.
  11. Dengan membuat permohonan ini, pemohon adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.